MEREKAYASA B&K


MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


BAGAIMANA IANYA DIJALANKAN???


Untuk makluman semua guru dan murid SMKLK. Ini adalah penerangan secara ringkas apa itu merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Tujuan penjelasan ini diberikan adalah bagi memastikan semua warga sekolah mendapat maklumat tentang perkhidmatan kaunseling dan perkhidmatan ini akan berperanan dengan lebih berkesan melalui pembinaan karektor murid dan pembangunan sahsiah pelajar.

A. MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 

1. INFRASTRUKTUR BILIK 

2. LATIHAN PROFESIONAL GBKSM DAN GURU LAIN
  • KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
  • 2.2 KETERAMPILAN DIRI 
3. PROGRAM-PROGRAM MURID
  • PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH 
  • PROGRAM PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL
  • PROGRAM PEMBANGUNAN KAREKTOR MURID DAN KERJAYA 
  • PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS)
  • MENTOR MENTEE
  • PROGRAM BERSAMA AGENSI LUAR
4. OUT REACH PERKHIDMATAN
  • PEMBINAAN BLOG 
  • FACE BOOK
  • VIDEO KOPORAT
  • PROGRAM BERTEMU PELANGGAN 
5.  PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 


B. PANDUAN PELAKSANAAN 

1. INFRASTRUKTUR BILIK 

Bilik kaunseling merupakan tempat utama perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Bilik-bilik ini perlu memenuhi keperluan perkhidmatan kaunseling individu, kaunseling kelompok dan pengurusan . Suasana bilik hendaklah memenuhi ciri-ciri teraputik, kondusif, bermaklumat, menarik serta mempunyai ciri-ciri mengikut spesifikasi berdasarkan buku panduan perkhidmatan b&K KPM 2009.(Rujuk lampiran 1.)

2. PROFESIONAL GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA (GBKSM) DAN GURU LAIN

1.  Latihan Profesional 
Latihan professional adalah penting kepada semua guru di sekolah bagi meningkatkan kemahiran insaniah yang merangkumi bidang-bidang berikut:

a. Kemahiran-kemahiran asas kaunseling 
- Kemahiran membina hubungan 
- Kemahiran mendengar
- Kemahiran menyoal 
- Dll…….

b. Psikologi Kanak-kanak dan remaja

c. Kemahiran komunikasi berkesan 
( CUT APPLE “ABR” )

2.2 Keterampilan diri 
Guru sebagai role model yang harus menunjukkan personaliti terpuji dari segi penampilan dan sahsiah diri

3. PROGRAM-PROGRAM MURID


3.1 Program Pembangunan Sahsiah 
a. Kaunseling Berfokus 
Program kaunseling berfokus wajib dilaksanakan disetiap sekolah dengan memberi penekanan dalam bidang disiplin yang berkaitan dengan ponteng, buli , bergaduh dan masalah disiplin yang lain berdasarkan keperluan sekolah.
b. Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 
Melaksana 6 bidang utama modul perkhidmatan bimbingan dan kaunseling iaitu bidang akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, pembangunan diri murid, keibubapaan dan pendidikan pencegahan.Modul ini dilaksanakan semasa kelas ganti 2 waktu sehari bagi setiap orang GBKSM. 


3.2 Program psikososial dan kesejahteraan mental
Melaksanakan program berasaskan keperluan utama sekolah seperti program-program berkaitan pembinaan karektor murid, keterampilan murid, kesihatan mental, pengurusan stress dan emosi , kemahiran asertif , penyelesaian masalah, komunikasi berkesan dan lain-lain 


3.3 Program Pembangunan Kerjaya 
Melaksanakan program berkaitan pembangunan dan pembentukan halatuju pendidikan dan kerjaya murid seperti inventori kerjaya, kemahiran penyediaan temu duga (resume, personaliti, soal jawab temu duga )


3.3 Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS)
Melaksanakan program PRS berasaskan modul yang terkini, berdasarkan peringkat- peringkat tertentu seperti PRS Bongsu ( thn 4-6 ), PRS Muda ( Ting 1-2 ), PRS Sulung (Ting 3-4) , PRS Bestari ( Ting 5 – 6). PRS juga akan dinilai dan diberi penghargaan sama seperti badan pengawas dengan markah merit kokurikulum 


3.4 Mentor mentee
Mewajibkan pelaksanaan program mentor mentee bagi pelajar yang memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berdasarkan kes-kes salah laku murid. Sistem pementoran akan melibatkan sama ada guru dengan murid atau murid dengan rakan sebaya .


3.5 Program bersama agensi luar
Melaksanakan program sokongan dengan agensi luar yang signifikan dengan perkhidmatan pembangunan insan murid seperti Kementerian Kesihatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK) , Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,Kementerian Dalam Negeri ( PDRM, Penjara ) 


4. OUT REACH PERKHIDMATAN

Melaksanakan perkhidmatan kaunseling melalui promosi dengan menggunakan medium yang sesuai dengan keperluan semasa dan minat murid seperti berikut :
4.1 Pembinaan blog 
4.2 Face book
4.3 Video korporat
4.4 Program bertemu pelanggan 
4.5 Kaunselor Muda 


5. PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 
Melaksanakan sistem pengurusan e-kaunseling bagi pengurusan pelaporan perkhidmatan dan program bimbingan dan kaunseling seperti pelaporan perkhidmatan kaunseling individu, kaunseling kelompok, program bimbingan , sistem profil murid .

C PELAKSANAAN 

1. Menubuhkan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana 
2. Menyediakan Kertas Cadangan 
3. Melaksanakan Program 
4. Pemantauan Program 
5. Pelaporan dan Penilaian Program .